comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Runtuhan cerun setinggi 30 meter cetus panik 

CHERAS: Runtuhan cerun setinggi 30 meter (m), petang tadi, menggemparkan penghuni Pangsapuri Taman Cheras Mas yang terletak kira-kira 40 meter dari lokasi kejadian, di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata sebuah jentera bersama pasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 4.35 petang.

Runtuhan cerun setinggi 30m berhampiran Pangsapuri Taman Cheras Mas, petang tadi. Foto ihsan bomba

“Pasukan bomba tiba pada jam 4.42 petang dan mendapati berlaku gelinciran tanah cerun berhampiran Pangsapuri Taman Cheras Mas, dengan ketinggian 30m.

“Pihak bomba hadir melakukan pemantauan di lokasi bagi memastikan tiada risiko berbahaya terhadap orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau memaklumkan, insiden itu bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa, dan pasukan bomba memasang sawar di sekitar lokasi kejadian bagi menghalang orang awam masuk ke kawasan itu.

“Kes diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Loading...
Terkini