comscore
Tumpuan :
Nasional

Bangunan runtuh: 2 mangsa tertimbus ditemui, seorang masih hilang

BESUT: Dua daripada tiga pekerja pembinaan yang tertimbus di dalam runtuhan tapak bangunan di Pulau Perhentian di sini, hari ini berjaya diselamatkan.

Mangsa dikenali Jamil, 33 dan Ramli, 48, mengalami kecederaan di kepala, tangan dan kaki dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kuala Besut.

Manakala usaha mencari seorang lagi rakan mereka dikenali sebagai Bahlu giat dijalankan.

Terdahulu Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, ketika runtuhan seramai tujuh pekerja berada di lokasi yang mana tiga mangsa tertimbus, semuanya disahkan warga Indonesia.

Empat mangsa lagi tiga warga Myanmar dan seorang rakyat tempatan berjaya diselamatkan lebih awal dan dihantar ke hospital sama mendapatkan rawatan.

Mereka dikenali sebagai Mohd Eunuh Hamid Husson, Shamsul Alam Abdul Sukur, Mohd Rafiq dan Leong.

Siasatan awal polis mendapati bangunan setinggi tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan itu dikatakan tiba-tiba runtuh jam 4.30 pagi.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Terengganu, Penguasa Kanan Bomba Dua Mohd Basri Kamarazaman berkata, 24 pegawai dan anggota termasuk 11 anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat Bomba STORM JBPM berada di lokasi jam 9.55 pagi tadi bagi kerja-kerja menyelamat.

|ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini