Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), mengambil inisiatif dengan menempatkan semula penjaja yang terlibat dan memenuhi kriteria di lokasi perniagaan baharu iaitu di struktur berbumbung, Dataran Puchong Permai.
MBSJ mengadakan Operasi Peruntuhan Bangunan/Binaan Tanpa Izin (struktur haram) di Jalan Taqwa, Bulatan Puchong Permai, Persiaran Puchong Permai, Puchong semalam.
Operasi yang bermula 7.30 pagi berkenaan berikutan lokasi tersebut tidak sesuai sebagai tapak penjaja dan terdapat pelanggaran syarat permit sementara.
Gerai penjaja berkenaan juga berada di atas rizab jalan dan ia berstruktur tetap.