Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP jadi tumpuan masyarakat berbilang Sarawak

KUCHING: Selain aktiviti makan besar bersama keluarga pada malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina, pastinya kemeriahan rumah terbuka menjadi antara acara yang dinanti-nantikan bukan sahaja buat masyarakat Cina, malah majoriti rakyat Malaysia.

Di Sarawak, Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang dianjurkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPPP) menjadi tumpuan penduduk berbilang kaum selepas tiga tahun rumah terbuka seumpama itu tidak diadakan susulan pandemik COVID-19.

Rumah terbuka itu yang dikunjungi lebih 10,000 orang turut dihadiri Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadilah Yusof, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi serta beberapa kenamaan lain.

Kehadiran beliau disambut Presiden SUPP yang juga Timbalan Premier, Datuk seri Dr. Sim Kui Hian.

“Ia tidak hanya dirayakan oleh masyarakat Cina tetapi seluruh masyarakat yang berbilang kaum dan agama di Sarawak.

“Ini (rumah terbuka) sudah menjadi budaya kita di Sarawak dan sudah tentu dengan perpaduan yang kukuh kita akan terus dapat membangunkan masyarakat kita dan negeri untuk masa depan,”katanya ketika ditemui selepas menghadiri acara Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina SUPP, di sini.

Sementara itu, Timbalan perdana Menteri, Datuk Seri fadillah Yusof berkata, budaya kunjung-mengunjung pada sambutan hari perayaan ini mencerminkan Perpaduan yang utuh antara kaum berbilang budaya di negara ini.

Situasi itu jelas beliau selari dengan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan masyarakat madani dalam memperkasakan semua aspek termasuk sosial dan ekonomi.

“Asasnya ialah kita kena bersatu padu. Bila kita bersatu barulah kita dapat memfokuskan kepada perencanaan untuk membangunkan negara sama ada dari sudut ekonomi membantu rakyat dan kurangkan berpolitik.

Loading...
Terkini