Tumpuan :
Nasional

Rumah terbuka Krismas PBS, STAR dihadiri masyarakat berbilang kaum

Oleh: Safwan Sawi

PENAMPANG: Orang ramai hadir memeriahkan Majlis Sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2024 Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), di sini, hari ini.

Bermula jam 10 pagi, tetamu yang hadir terdiri daripada pelancong serta rakyat berbilang kaum terutama masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di sekitar kawasan berkenaan.

Dijangkakan sekitar 6,000 orang menghadiri acara ini hingga 1 petang nanti dan menurut penganjur acara turut melambangkan kerjasama berterusan antara PBS dan Sabah STAR.

Rumah terbuka turut dihadiri barisan kabinet Kerajaan Negeri Sabah, Pemimpin parti kompenen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Badan Bukan Kerjaan (NGO) bersama pelbagai lapisan masyarakat.

Para tetamu disambut Timbalan Ketua Menteri Sabah I yang juga Presiden STAR, Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Timbalan Ketua Menteri Sabah III yang juga pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Joachim Gunsalam

Pelbagai persembahan menarik diadakan sepanjang majlis berkenaan termasuk nyanyian dan koir oleh masyarakat setempat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini