comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah terbakar, wang tunai RM20,000 hangus

Mohd Firdaus melihat kediaman keluarganya yang musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi di Kampung Aman, Kota Bharu.-Foto: NSTP

KOTA BHARU: Wang tunai berjumlah RM20,000 milik peniaga santan, hangus selepas kediamannya di Kampung Aman, dekat sini terbakar awal pagi tadi.

Wang tunai itu dikatakan tidak sempat disimpan ke dalam akaun Tabung Haji.

Rosli Mamat dan Siti Rokiah Mahmood, masing-masing berusia 64 tahun, dikatakan mengumpul duit itu sejak mereka berniaga santan pada 2015.

Anak mangsa, Mohd Firdaus Rosli, 38, berkata dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, dia bersama isteri, Hartiki Hasbullah, 37, dan anak mereka, Muhammad Firas Harraz, 10, serta kedua ibu bapanya tidak berada di rumah kerana mengadakan sambutan hari keluarga di Tok Bali, Pasir Puteh.

“Saya mengetahui mengenai kejadian itu daripada sepupu yang tinggal bersebelahan rumah selepas dia mendengar bunyi letupan kecil sebelum tersedar dari tidur,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, selain wang tunai tu, turut musnah dalam kejadian itu, barang kemas milik ibunya yang bernilai RM15,000, modal pusingan, dua kereta iaitu Proton Wira dan Perodua Kancil serta tiga motosikal dengan anggaran keseluruhan kerugian hampir RM200,000.

Katanya, mereka sekeluarga reda dengan apa yang berlaku dan sementara waktu akan menumpang teduh di rumah saudara yang terletak tidak jauh dari lokasi rumah terbakar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini