comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah ranap dihempap pokok tumbang akibat ribut

FOTO: APM

SIK: Sebuah keluarga yang baharu pulang ke rumah mereka di Kampung Telaga Batu, Mukim Sok terkejut apabila mendapati kediaman mereka musnah dihempap dua batang pokok tumbang dalam kejadian ribut yang melanda Rabu lalu.

Difahamkan, keluarga itu pulang ke rumah sewa mereka di Pendang berikutan pemilik rumah itu bekerja di Pendang dan hanya pulang ke rumah tiga hari seminggu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pemilik rumah  pada jam jam 4.47 petang hari ini yang memaklumkan rumah mereka rosak akibat dihempap pokok.

FOTO: APM

Beliau berkata, sepasukan anggotanya tiba di lokasi dan mendapati dua batang pokok besar menghempap rumah berkenaan sehingga mengakibatkan ruamgan dapur dan ruang tamu rumah berkenaan rosak teruk.

“Bagaimanapun, tiada sebarang kehilangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ribut itu berikutan keluarga terbabit tiada di rumah ketika kejadian.

“Sehubungan itu, penduduk di daerah ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan waspada berikutan ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkaitaj fasa peralihan monsun yang akan bermula pada 24 September ini yang membawa hujan lebat serta ribut petir sehingga awal November ini,” katanya di sini hari ini.

Haisul Aishah berkata, sekiranya  terdapat sebarang kes kecemasan, orang di daerah Sik boleh menghubungi APM Sik di talian 010- 8177991 atau talian kecemasan 999.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini