Oleh: Selwam Arjunan
KUALA NERANG: Sebuah rumah dan kereta musnah dalam satu kebakaran di Kampung KEDA Tok Teri di Naka, di sini, petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.12 petang dan jentera pertama tiba di lokasi 20 minit kemudian.
“Pemeriksaan di lokasi mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal. Anggaran kebakaran 85 peratus.
“Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang hangus 80 peratus. Tindakan pemadaman secara dua aliran dengan tiga pancutan sedang dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya pemeriksaan awal juga mendapati tiada mangsa di rumah terbabit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.