Oleh: Shuhadah Marzuki
PETALING JAYA: Arkib Negara mengesahkan, kerja-kerja pemulihan rumah kelahiran legenda P. Ramlee di di George Town, Pulau Pinang sedang dijalankan berikutan terdapat kerosakan di beberapa bahagian rumah usia hampir 100 tahun itu.
“Hujan lebat dan ribut semenjak dua minggu ini yang menyebabkan kebocoran bumbung di sebelah bahagian dalam ruang tamu sahaja, jelas Arkib Negara ketika dihubungi Buletin TV3.
“Lain-lain ruang di dalam rumah kelahiran P. Ramlee berada dalam keadaan yang baik.
“Notis kepada pelawat juga telah diletakkan bertujuan memaklumkan kebocoran tersebut dan kerja-kerja pembaikan sedang dalam tindakan pelaksanaan.
Arkib Negara Negeri Pulau Pinang telah mengambil tindakan, sebelum teguran dilakukan oleh Senator Tan Sri Dr. Rais Yatim.
Kerja-kerja baik pulih akan dilakukan bermula hari ini dan ia ditutup kepada pelawat sehingga 14 Oktober 2023.