KUALA LUMPUR: Kepulan asap tebal menyelubungi Lorong Haji Taib Lima, di sini, selepas rumah kedai tiga tingkat terbakar hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 11.31 pagi.
Komander Operasi, Mohamad Riduan Akhyar, berkata, seramai 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa menjadi pasukan pertama ke lokasi menangani insiden kecemasan.
Menurutnya, sebaik tiba didapati berlaku kebakaran membabitkan rumah kedai tiga tingkat.
“Asap masih tebal kerja operasi pemadaman dan mencari punca api masih sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran itu setakat ini tidak membabitkan mangsa.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.