comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah jagaan kanak-kanak, premis perniagaan GISBH di Pulau Pinang diserbu

Oleh: Selwam Arjunan

NIBONG TEBAL: Sebuah rumah jagaan kanak-kanak dipercayai mempunyai kaitan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di Changkat, di sini diserbu pihak berkuasa, pagi tadi.

Tinjauan Buletin TV3 di lokasi kira-kira jam 11 pagi mendapati perkarangan rumah berkenaan dikawal pihak berkuasa termasuk polis, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Pemerhatian juga mendapati beberapa individu dipercayai ditahan dan dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

Selain itu, beberapa kanak-kanak dan bayi turut dibawa keluar menaiki van.

Kira-kira jam 12.30 tengahari, dua kenderaan MBSP memasuki perkarangan rumah itu dan menyita premis berkenaan.

Sementara itu, sebuah lagi premis perniagaan dipercayai berkait GISBH di Bandar Perda, Bukit Mertajam turut diserbu pihak berkuasa.

Premis dua tingkat itu merangkumi kedai bakeri, kedai makanana dan pusat jagaan kanak-kanak.

Beberapa individu turut dilihat ditahan di lokasi berkenaan.

Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, syarikat itu tidak begitu aktif di Pulau Pinang, namun ia sentiasa dalam pemantauan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini