comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah dan Myvi musnah dalam kebakaran 

FOTO: Ihsan Bomba

KUALA SELANGOR: Sebuah rumah dan kereta musnah dalam kebakaran di Jalan Lintang, Kampung Tengah, Assam Jawa, di sini, hari ini.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.16 petang.

“Sepasukan 23 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan rumah kayu separuh batu dan kereta Perodua Myvi,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini.

Ahmad Mukhlis berkata, berdasarkan maklumat saksi, kejadian dipercayai bermula dari bahagian dapur dan ianya disedari jiran.

“Anggota bertugas difahamkan pemilik rumah tiada di lokasi kerana pulang ke kampung.

“Proses pemadaman mengambil masa selama kira-kira setengah jam dan api berjaya dikawal sepenuhnya jam 6.28 petang tadi,” katanya.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan rumah dan Perodua Myvi masing-masing musnah 90 peratus.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Loading...
Terkini