comscore
Tumpuan :
Nasional

Rumah, 4 kenderaan hangus dalam kebakaran

Oleh: Selwam Arjunan

SIMPANG AMPAT: Sebuah rumah dan empat kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Kasawari, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.11 malam.

Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap dan Pasukan Bomba Sukarela berdekatan tiba di lokasi untuk kerja-kerja pemadaman.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kelas C dengan anggaran keluasan 60 x 60 kaki persegi.

“Anggaran peratusan kemusnahan kebakaran 90%.

“Kebakaran juga turut melibatkan 2 buah kereta jenis Proton Saga dan BMW serta dan 2 buah motosikal jenis Honda RS150 dan Honda EX5 dengan anggaran kemusnahan kebakaran  80 peratus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kejadian tidak membabitkan mangsa.

Kebakaran telah dapat dipadamkan sepenuhnya dan kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini