comscore
Tumpuan :
Nasional

Ruhainies tunai umrah & beraya di Tanah Suci

KUALA LUMPUR: Setelah dilanda kontroversi baru-baru, pelakon, Ruhainies kini menunaikan ibadah umrah serta meraikan Aidilfitri di Tanah Suci.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, menerusi IG(s) memaklumkan dia sudah lama mengimpikan saat itu dan akhirnya menjadi kenyataan.

“Mimpi menjadi kenyataan. Nak Ramadan dan hari raya di Tanah Suci. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang,” tulisnya dalam satu hantaran.

Mac lalu, dunia hiburan kecoh apabila Ruhainies dan pelakon Aliff Aziz ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara.

Malah isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah baru-baru ini turut mendedahkan Aliff sudah lapan kali pergi ke rumah Ruhainies.

Tidak lama selepas itu, timbul pula spekulasi kononnya pelakon itu sudah berkahwin susulan namanya didaftarkan dengan panggilan Mrs atau Puan dalam sebuah urusan perniagaan di London.

Namanya juga digabungkan dengan seorang individu bagi penubuhan sebuah syarikat.

Tidak ketinggalan, gambar sebuah rumah di London turut jadi persoalan sama ada berkaitan atau tidak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini