Tumpuan :
Nasional

‘Rudy’ hadiah Aidiladha 

FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: ”Rudy” hadiah Aidiladha tahun ini kepada keluarga.

Demikian luahan penternak lembu sado Nik Mohamad Salahudin Nik Nizam dari Kampung Banggol Durian, Serada, di sini.

Katanya lembu baka jenis limosin seberat 960 kilogram berusia lebih dua tahun bernilai RM18,000 itu akan dikorbankan pada hari pertama Aidiladha, esok.

Dia menghadiahkan ternakan diberi nama ‘Rudy’ itu kepada keluarga sebagai tanda terima kasih kepada keluarga khususnya dua adiknya Nik Mohd Shamsuliskandar, 28, anak dan Nik Mohd Sulaiman, 24, yang sepenuh masa menjaga ternakan berkenaan.

“Tahun lalu saya turut menghadiahkan seekor lembu sado jenis sama bernilai RM15,000 kepada adik beradik untuk dikorbankan dan ini adalah tahun kedua.

@buletintv3 ‘Rudy’ hadiah Aidiladha #aidiladha #korban ♬ original sound – BuletinTV3

“Saya tidak memberi gaji secara bulanan kepada mereka. Jika ada yang membeli ternakan ini, hasil jualannya kami akan berikan juga kepada adik sebagai ganjaran kerana penternakan ini lebih kepada penternakan keluarga,” katanya.

Katanya, selepas menbahagikan kepada tujuh bahagian, daging korban berkenaan akan dibahagikan kepada penduduk dan jiran serta saudara mara.

Menurutnya, dia membeli ‘Rudy’ ketika berusia 10 bulan untuk tujuan pertandingan.

“Saya langsung tidak terfikir untuk disembelih tetapi tahun ini Allah menggerakkan saya untuk korbankan ‘Rudy’ sebagai hadiah Hari Raya haji untuk keluarga,” katanya.

Anak ketujuh daripada 10 beradik itu berkata, dia mula meminati bidang penternakan lembu sado pada penghujung 2018.

Katanya, dia meminati bidang penternakan sejak di bangku sekolah menengah berikutan setiap hari membantu ibu dan bapa menguruskan ternakan itu di kandang milik bapa dikenali sebagai kandang Pok Nik.

“Apabila tamat persekolahan, saya meneruskan minat ini dan mengambil alih penternakan daripada kedua ibu bapa, Nik Nizam Nik Ismail, 65, dan Meriam Musa, 63.

“Selepas mengambil alih, saya menjual semua lembu yang ada (baka kampung) sebelum menggantikan dengan dua ekor lembu sado jenis limosin.

“Kini yang tinggal hanya 12 ekor manakala lebih 10 ekor sudah dijual,” katanya.

Loading...
Terkini