comscore
Tumpuan :
Nasional

Rozi Mamat, Onn Hafiz dilantik Pengerusi UMNO Terengganu, Johor

KUALA TERENGGANU: Berkuat kuasa serta-merta, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baharu.

Rozi yang juga Setiausaha UMNO Negeri itu menggantikan Datuk Seri Dr Ahmad Said yang melepaskan jawatan berkenaan.

Turut diumumkan pelantikan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, juga berkuat kuasa serta-merta.

Pelantikan dua jawatan itu dikongsikan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook.

“Sekalung tahniah diucapkan kepada YAB (Yang Amat Berhormat) Datuk Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor yang berkuat-kuasa serta-merta.

“Tahniah juga diucapkan kepada Datuk Rozi Mamat yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang berkuat kuasa serta-merta.

“Mewakili keluarga besar UMNO juga, saya ingin mengucapkan sekalung penghargaan buat YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan YBhg (Yang Berbahagia) Datuk Seri Ahmad Said atas segala pengorbanan, usaha dan komitmen yang tinggi dalam memimpin UMNO Johor dan UMNO Terengganu selama ini.

“Moga dapat meneruskan usaha memperkukuhkan dan memperkasakan UMNO sebagai wadah perjuangan bangsa, agama dan tanah air,” kata Asyraf Wajdi.

Loading...
Terkini