
KUALA LUMPUR: Satu rompakan dipercayai berlaku di kedai emas yang terletak di dalam sebuah pasar raya di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 8.45 malam.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof ketika dihubungi NST mengesahkan kejadian itu.
Satu rompakan dipercayai berlaku di kedai emas yang terletak di dalam sebuah pasar raya di Nilai, Negeri Sembilan malam tadi. pic.twitter.com/cIJRCyCWFu
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) March 3, 2025
Beliau berkata pasukan polis dan forensik kini berada di lokasi kejadian untuk mengumpul bukti.
“Siasatan masih dijalankan di tempat kejadian. Kami akan mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi,” katanya.
Dua rakaman video kejadian itu kini tular di media sosial, dengan salah satu daripadanya jelas menunjukkan dua lelaki bertopeng dan memakai sarung tangan mengambil barangan kemas dari kotak pameran.
Rakaman pendek itu turut menunjukkan salah seorang suspek membawa senjata, dengan seorang lagi mengisi barangan kemas berkenaan ke dalam beg.
Kedua-dua suspek kemudian dilihat melarikan diri dari tempat kejadian bersama hasil rompakan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.