comscore
Tumpuan :
Jenayah

Rompakan kedai emas di Kajang, nilai barang kemas dilarikan RM3.2 juta

KAJANG: Pemilik kedai emas yang dirompak empat ‘pengawal keselamatan’ bersenjata di sebuah pusat beli-belah di sini, semalam, mengalami kerugian lebih RM3.2 juta.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Superintendan Mohamad Nasir Drahman berkata, polis sedang giat mengesan kesemua suspek yang masih bebas.

“Berdasarkan laporan dan siasatan dijalankan mendapati kerugian dianggarkan sebanyak RM3.2 juta.

“Sehingga kini tujuh saksi sudah diambil keterangan dan akan ada beberapa orang saksi lagi akan dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian semalam, empat lelaki berpakaian seperti pengawal keselamatan merompak kedai emas di sebuah pusat beli belah di sini, pada jam 3.17 petang.

Mohamad Nasir dilaporkan berkata, kesemua suspek memakai topeng dan bersarung tangan gelap masuk ke premis di tingkat satu dan terus memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi dan mengambil barang kemas.

Beliau berkata, semasa kejadian suspek dipercayai membawa dua pucuk pistol dan selaras senapang serta melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis.

Katanya, kesemua suspek kemudiannya melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah pusat beli-belah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

|  ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini