comscore
Tumpuan :
Nasional

Rombakan Kabinet: “Saya akan fikirkan dahulu” – PM

Oleh: Khairul Rizuan Azizan

KUALA LUMPUR: “Saya akan fikirkan dahulu,” itu reaksi spontan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya khabar angin berhubung isu rombakan kabinet.

Perdana Menteri berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majis Penutup Huawei Malaysia ICT Summit di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) ibu negara petang tadi.

Perdana Menteri pada 15 September lalu dilapor berkata kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup akan diisi secepat mungkin.

Jawatan itu kini dipangku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lalu.

Sebelum ini juga wujud khabar angin Perdana Menteri bakal melakukan rombakan kabinet selepas Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan.

Loading...
Terkini