PUTRAJAYA: Keputusan melakukan sebarang rombakan Kabinet adalah hak mutlak dan budi bicara Perdana Menteri tanpa perlu dibincang bersama jemaah menteri, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Lazimnya tiada seorang perdana menteri berbincang dalam (mesyuarat) Kabinet untuk melakukan rombakan,” jelasnya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Kemuncak Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2023 di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan portal berita mendakwa Perdana Menteri berhasrat melakukan rombakan Kabinet selepas Pilihan Raya Negeri lama lagi.
Laporan diterbitkan Rabu lalu memetik sumber PKR mendakwa, rombakan itu akan didahulukan dengan ‘pembersihan’ barisan pimpinan tertinggi penjawat awam, sebelum Kabinet dirombak.
Zahid berkata pada pandangannya semua menteri telah melaksanakan tugas dengan baik.