comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rohana Jalil meninggal dunia

PETALING JAYA: Penyanyi popular era 1980-an Rohana Jalil meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 21 sebelum Zuhur esok.

Allahyarham 68, ibu kepada pelakon Kilafiry tu telah lama menderita akibat kebocoran usus.

Rohana atau nama penuhnya Dara Abdul Jalil merupakan Juara Bintang RTM 1981.

Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1955 berasal dari Kota Tinggi, Johor.

Beliau mula mencipta nama di persada seni tanah air selepas memenangi Bintang RTM pada 1981.

Allahyarham sempat merakamkan sekitar 20 album solo dan kompilasi sepanjang kerjayanya.

Selain mencatat kejayaan pemenang tempat ketiga persembahan terbaik anugerah juara lagu pertama pada tahun 1986 menerusi lagu Cinta Yang Terbiar.

Juga tempat kedua persembahan terbaik anugerah juara lagu ketiga 1988 menerusi lagu Rayuanku.

Loading...
Terkini