Tumpuan :
Nasional

Rohana Jalil ditempatkan di wad separa kritikal

Acryl Sani (tiga kiri) ziarah artis veteran, Rohana Jalil di UKM.

Kuala Lumpur: “Mohon jangan putus doa untuk mama”, itu permintaan pelakon Kilafairy ketika berkongsi keadaan ibunya penyanyi, Rohana Jalil yang  masih dipantau rapi oleh doktor selepas menjalani pembedahan untuk menutup kebocoran usus, baru-baru ini.

Kata Kila, ibunya ketika ini ditempatkan di wad separa kritikal.

“Mama masih di ‘close monitor’ oleh doktor. Masih berada dalam wad ‘semi critical’. Mama masih mudah dijangkiti buat masa sekarang.

“Oleh itu, mama belum boleh berpindah ke wad biasa. Malah, hari ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani turut melawat sekejap untuk bagi semangat pada mama.

“Mohon jangan putus doa untuk mama. Masih panjang lagi perjalanan rawatan mama,” kata Kila menerusi aplikasi WhatsApp.

Sebelum ini, media melaporkan, keadaan Rohana Jalil, 68, yang popular menerusi lagu Rayuanku kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Loading...
Terkini