Tumpuan :
Nasional

REV ubah landskap pemasaran pempengaruh, lancar SPARK Creators dan AI Virtual Influencers

Pempengaruh AI, Liz dan Adam

KUALA LUMPUR: Produk media sosial dan pemasaran pempengaruh REV Media Group (REV), SPARK membawa pemasaran pempengaruh ke tahap baharu dengan memperkenalkan dua inisiatif terkini, SPARK Creators dan pempengaruh maya kecerdasan buatan (AI Virtual Influencers). 

Spark Creators adalah program baharu yang menggabungkan pempengaruh dinamik daripada pelbagai kategori, merangkumi pempengaruh mega seperti Nandini, Moses, BapaBros, dan Syafiq (Sonic Webs) serta bintang mikro Adam Lobo, Zaidi Aziz, Amat Larbsib dan ramai lagi. 

AI Virtual Influencers pula adalah pempengaruh berasaskan AI yang dihasilkan dengan karakter unik dan keperibadian tersendiri.

Menampilkan Liz dan Adam, kedua-duanya direka khas untuk berinteraksi secara realistik dengan audiens serta menawarkan kandungan yang relevan, kreatif, dan mampu menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat 

Liz, 22, berasal dari Kuala Lumpur dengan latar belakang Melayu-Inggeris, memfokuskan kepada kandungan kecantikan, fesyen, kesihatan, pelancongan, serta perkembangan diri dengan kandungan yang segar dan relevan. 

Adam, 25, merupakan pempengaruh AI yang tinggal di Kuala Lumpur dan peminat tegar teknologi.

Beliau menjadi rujukan utama untuk ulasan teknologi, tutorial, ‘unboxing’, serta berita terkini, dan kerap memberikan ulasan mendalam mengenai setiap gajet terhangat di pasaran.

Kedua-dua pempengaruh AI ini dicipta untuk berhubung dengan audiens secara inovatif, memberikan peluang kepada jenama untuk menjangkau pasaran yang berbeza. 

SPARK terus berkembang dengan rangkaian KOL (Key Opinion Leader) dan pempengaruh AI yang semakin bertambah. 

Melalui SPARK Creators atau pempengaruh AI seperti Liz dan Adam, pengiklan boleh menjangkakan kempen yang menarik, membabitkan audiens di platform digital, TV, radio, dan lain-lain.

SPARK bukan sekadar mengikuti perkembangan semasa, tetapi turut menentukan arah pemasaran pempengaruh. 

Jika berminat untuk bekerjasama dengan Liz dan Adam, hubungi SPARK hari ini. 

 

 

 

 

 

 

Loading...
Terkini