Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] RM63.75 juta Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri buat pekebun kecil getah RISDA

Oleh Safwan Sawi

PAPAR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM63.75 juta kepada 318,642 orang pekebun kecil getah di seluruh negara di bawah Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) tahun ini bermula 17 April depan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pekebun getah di bawah agensi Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) masing-masing menerima bantuan RM200 seorang.

“Saya juga mengumumkan Datuk Noraini Ahmad dilantik sebagai Pengerusi RISDA yang baharu akan mengagihkan wang hari raya RM63.75 juta kepada 318,000 pekebun kecil getah di seluruh negara”

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Masjid Kampung Benoni, Papar, di sini.

Bantuan itu dilaksakan bertujuan bagi meringankan bebanan kewangan dan memberi keceriaan kepada golongan pekebun kecil getah untuk memenuhi keperluan sempena sambutan Hari Raya Aidiliftiri yang bakal tiba.

BKKA yang bakal disalurkan adalah inisiatif tambahan menerusi pembentangan Belanjawan 2023 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anawar Ibrahim melibatkan seramai 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan.

Secara umumnya, bakal penerima BKKA adalah dari kalangan penerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Tahun 2022.

Bantuan akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima sepertimana yang telah didaftarkan dengan RISDA.

BKKA disasarkan kepada pekebun kecil getah yang mempunyai keluasan kebun di bawah 2.5 hektar.

Loading...
Terkini