Tumpuan :
Nasional

RM5,000 untuk sekeping kad pengenalan palsu

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah di Dewan Rakyat.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Permintaan kepada kad pengenalan palsu semakin tinggi dalam kalangan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, hasil risikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati, sekeping kad pengenalan palsu dijual sehingga RM5,000 oleh sindiket penjualan.

“JPN telah melaksanakan pemantauan berterusan bagi mengesan sebarang aktiviti mencurigakan termasuk penjualan kad pengenalan palsu atau perkhidmatan pemalsuan identiti secara atas talian” kata beliau ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat pagi tadi.

“Pemantauan ini dibuat didalam semua media sosial termasuk Facebook, Instagram, Telegram dan TikTok bagi memastikan semua aktiviti haram ini dapat dikesan dan ditangani dengan segera”

Ujar Datuk Seri Shamsul, kebanyakan permintaan kad pengenalan palsu itu datangnya daripada warga asing yang ingin mendapatkan pekerjaan ataupun menetap di negara ini secara tidak sah.

“Berdasarkan hasil risikan itu, JPN giat menjalankan pemantauan dan melaksanakan kerjasama dengan pihak penguatkuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini