MACHANG: Peruntukan RM1 bilion bagi pembekalan air bersih di Kelantan, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Peruntukan itu katanya bermula tahun ini.
“Ia sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peruntukan akan dilakukan secara tatakelola terus, manakala dari segi operasi kita serahkan kepada Kementerian Kewangan,” katanya pada sidang media di Majlis Mesra Aidilfitri anjuran FELCRA Berhad di sini, hari ini.
Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub turut hadir.
Laporan lanjut menyusul.