KUALA LUMPUR: Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai sebagai Profesor Adjung di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
Pelantikan dibuat dalam usaha UM meningkatkan kecemerlangannya sebagai sebuah institusi pendidikan perdana negara.
“Saya sedar yang dalam diri saya juga masih ada banyak kekurangan. Justeru, bersama Akademi Pengajian Islam, UM saya bukan hanya akan berkongsi ilmu, bahkan merebut peluang untuk menimba ilmu daripada ekosistem yang akan saya sertai kelak.
“Seperti kita sedia maklum salah satu daripada tuntutan agama kita ialah ilmu yang ada harus dikongsi dengan orang lain agar pahala kita akan terus mengalir berpanjangan.” jelasnya.
Sebagai Profesor Adjung di institusi berkenaan, Rizalman akan memikul peranan sebagai penasihat kepada fakulti dan jabatan dalam aktiviti program khususnya yang berkaitan dengan penyelidikan dan perundingan.
Untuk rekod, beliau sebelum ini telah dilantik sebagai Profesor Adjung Fakulti Akademi Kontemporari Islam (ACIS) Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Ogos tahun lalu.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.