comscore
Tumpuan :
Nasional

“Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada” – Ibu Zayn Rayyan

Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

KUALA LUMPUR: “Pemergian orang tersayang adalah rindu yang terlalu menyakitkan,” luah Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh pada 6 Disember lalu.

“Terlalu rindu,” ujarnya.

“Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada,” katanya menerusi hantaran di Instagram Story.

Menerusi hantaran lain, Ismanira berkata, anak syurganya itu selamanya berada dalam hati.

“Sama ada dekat atau jauh, awak selamanya di hati saya,” katanya.

Hantaran luahan hati Ismanira itu turut disertakan beberapa gambar kenangan bersama Zayn Rayyan.

Terdahulu, Zayn Rayyan, 6, ditemukan meninggal dunia di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai di Petaling Jaya pada 6 Disember lalu selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

Mangsa kemudiannya disahkan dibunuh berdasarkan hasil bedah siasat yang menemui kesan kecederaan pada leher dan badan.

Setakat ini, polis belum menemui petunjuk kukuh bagi mencari pembunuh Zayn Rayyan dengan operasi mencari bukti masih diteruskan di sekitar Apartmen Idaman dan tiada mana-mana individu boleh dikaitkan dalam kes bunuh kanak-kanak berkenaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini