Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rindu untuk ke bidang seni masih ada – Khairul Azhar

Oleh: Faiz Rais

KLANG: Pelawak, pelakon serta pengacara yang cukup terkenal pada era 80 dan 90-an, Khairul Azhar mengakui pernah terdetik perasaan rindu untuk kembali ke bidang seni.

Beliau mengakui sudah tidak lagi muncul di kaca TV tetapi masih bergiat aktif dalam bidang pengacaraan.

Dan kini dengan penampilan rambut sedikit botak mungkin kerana faktor usia, Khairul Azhar masih tidak lokek dengan senyuman.

Khairul Azhar pernah terkenal khususnya semasa menyertai sitkom Santan Berlada bersama-sama Ali Mamak dan Accapan (kedua-duanya telah meninggal dunia).

Menurut Khairul Azhar, beliau bersyukur apabila menjadi salah seorang ahli sitkom Santan Berlada kerana dari situ beliau dapat berjumpa dengan ramai sahabat baru.

Beliau mengakui sitkom Santan Berlada telah membuka ruang kepadanya dan pelakon baru lain untuk menjadi terkenal.

Dari situlah, saya dapat berjumpa rakan baru seperti arwah Os, Ali Mamak dan Accapan,” ujarnya.

Disebabkan kekangan masa, hasrat untuk kembali ke bidang seni semakin dilupakan.

Apa tah lagi beliau sudah mempunyai pekerjaan tetap di Majlis Perbandaran Klang (MPK) sejak lebih 22 tahun lalu.

Tambah Khairul Azhar, beliau mula memasuki bidang seni sejak tahun 1978 semasa siaran TV masih hitam putih.

Katanya, ketika kemuncak sitkom Santan Berlada, beliau bersama Ali Mamak dan Accapan pernah mengeluarkan dua album lagu.

Kepada peminatnya, Khairul Azhar sebenarnya juga merupakan seorang pemain drum yang handal.

Loading...
Terkini