Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan lebat diramal landa tujuh negeri hingga jam 1 pagi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda tujuh negeri termasuk seluruh Kelantan sehingga jam 1 pagi esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook memaklumkan, cuaca itu di Kedah diramal berlaku di Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Katanya, di Perak membabitkan kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Di Terengganu, cuaca itu dijangka melanda Besut, Setiu dan Hulu Terengganu manakala Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut dan Temerloh.

“Amaran cuaca sama dikeluarkan bagi Sarawak membabitkan kawasan Miri (Marudi) dan Limbang.

“Selain Labuan, cuaca itu di Sabah dijangka membadai kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod),” katanya.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini