
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Sarawak dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga jam 1 pagi esok, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).
Antara kawasan yang terlibat termasuk Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau) serta Miri (Beluru dan Telang Usan).
Dalam hantaran di Facebook, METMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam, yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran,” menurut kenyataan itu.
Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan cuaca terkini melalui saluran rasmi METMalaysia.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.