comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan lebat di beberapa negeri petang ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri sehingga 4 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) berkata, cuaca itu dijangka berlaku di Perlis, Putrajaya dan Labuan serta di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.

Menurutnya, di Perak cuaca sama membabitkan kawasan di Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Bagan Datuk, manakala Pahang di Tanah Tinggi Cameron dan Rompin.

“Di Selangor ramalan cuaca itu dijangka berlaku di Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang, manakala di Negeri Sembilan membabitkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

“Selain itu Melaka dan Johor serta kawasan Sibu (Sibu dan Selangau), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang di Sarawak juga dijangka berdepan cuaca sama,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu) di Sabah juga bakal berdepan cuaca sama.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini