Tumpuan :
Nasional

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang diramal landa enam negeri

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat serta angin kencang, pagi ini.

Menurut amaran ribut petir dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah itu membabitkan Kemaman di Terengganu; Kuantan, Pekan dan Rompin (Pahang) serta Klang, Kuala Langat dan Sepang (Selangor).

Selain itu, Port Dickson (Negeri Sembilan) dan Mersing (Johor) serta keseluruhan Melaka, yang turut dijangka berdepan situasi sama sehingga jam 10 pagi.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya melalui kenyataan melalui platform Facebook, pagi tadi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini