comscore
Tumpuan :
Nasional

Ribut landa Hulu Kinta, 39 premis rosak

ANGIN ribut menerbangkan atap sebuah premis kedai makan, di sini, petang semalam. FOTO ihsan APM Perak

IPOH: Sebanyak 39 premis termasuk 33 rumah penduduk mengalami kerosakan susulan ribut yang melanda di kawasan mukim Hulu Kint di sini, petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahan Awam (APM) Perak melalui kenyataan berkata, kerosakan membabitkan 17 rumah penduduk di perumahan Taman Perpaduan, Batu 5 (6), Batu 6 (3), Taman Mewah (7), selain enam gerai di Taman Perpaduan.

“Jumlah keseluruhan sebanyak 39 premis membabitkan 33 rumah penduduk dan enam gerai terjejas susulan kejadian ribut petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian ribut sekitar jam 5.12 petang semalam itu berlaku semasa hujan lebat berterusan selama lebih dua jam.

Setakat semalam tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka susulan kejadian itu.

Loading...
Terkini