comscore
Tumpuan :
Gaya Hidup

Rezeki ‘kaki’ conteng muka

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: “Saya anggap wajah sendiri sebagai kanvas, untuk menghasilkan karya lain daripada yang lain” itu kata Rusnani Rosli mengenai minatnya terhadap bidang lukisan muka atau ‘face painting’.

Biarpun tidak pernah menghadiri kelas dalam bidang itu, apatah lagi memiliki sebarang sijil Rusnani 38, telah membuktikan kemahuan dan kesungguhan akhirnya akan membuahkan hasil.

Mesra dengan panggilan Nani, dia yang merupakan pekerja kedai roti mula serius mendalami bidang ini sejak empat tahun lalu.

Hanya ‘bergurukan’ Youtube, Nani mengasah bakatnya yang tidak disangka-sangka memberikan pendapatan sampingan buatnya.

“Jujur saya memang tiada ‘basic’ melukis, ianya adalah satu bakat baharu yang timbul ketika kita dilanda Covid-19.

“Bagi mendapatkan idea dan mengasah kemahiran saya banyak merujuk karya solekan lukisan muka dan kesan khas dihasilkan artis tempatan dan antarabangsa.

“Dengan melihat hasil kerja tangan mereka menjadi bersemangat untuk pergi lebih jauh. Usaha tangga kejayaan, jadi saya berlatih di rumah dengan menyolek wajah sendiri tanpa menghadiri mana-mana kelas,”katanya kepada Buletin TV3.

Sering memuat naik hasil solekannya di media sosial, Nani memberitahu dia mengambil setiap kritikan daripada pengikutnya untuk memperbaiki kelemahan diri.

Menurutnya karya solekan wajah bukan semudah yang disangka.

Bagi mendapatkan hasil ilustrasi yang realistik dan nampak ia betul-betul asli, Nani perlu bijak bermain warna termasuk menghabiskan masa selama empat jam untuk menyiapkan lukisan solekan muka.

“Bagi saya nak menconteng di muka ini banyak cabaran, bukan seperti lukisan di kanvas atau kasut.

“Saya perlu melukis dalam keadaan terbalik dan perlu ambil posisi yang selesa, kadang sampai terpaksa sengetkan tangan”kata sambil berseloroh.

Kongsinya lagi sehingga kini lebih 100 lukisan wajah telah dihasilkannya, yang mana kebanyakan adalah solekan bercorak bunga-bungaan, haiwan dan kartun selain watak viral.

Video solekan sentuhan Nani meraih banyak tontonan antaranya video Doraemon ini yang mendapat 3.8 juta tontonan di media sosial.

Di ruangan komen, ramai memberikan kata-kata positif buat Nani.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini