comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Rezeki Aidilfitri, jual buluh lemang mampu raih RM6,000

 

 

PONTIAN: Lemang antara menu tradisi yang dihidangkan setiap kali menyambut Aidilfitri.

Jadi tidak hairanlah apabila menjelang Aidilfitri, buluh lemang menjadi pilihan utama.

Begitupun tidak ramai yang menyedari mencari buluh lemang adalah tugas yang sukar.

Mereka bukan saja perlu meredah hutan, malah berdepan keselamatan diancam pelbagai bahaya termasuk binatang buas.

Bagi Siti Nor Aishah Abu Othman, 32 tahun,  mencari buluh lemang menjadi punca rezeki buat keluarganya menambah pendapatan di Aidilfitri.

Anak jati Raub, Pahang ini mengakui keselamatannya tidak terjamin ketika di hutan.

Namun ibarat kata pepatah, “alah bisa tenggal biasa” .

Apa pun dia bersyukur hingga kini tiada kejadian buruk berlaku.

Selepas berhijrah ke Kampung Parit Jerman, Teluk Kerang, di sini, Siti Nor Aishah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan meneruskan legasi keluarganya mencari buluh bersama suami, Asrin Miskam pada hari cuti.

“Musim perayaan boleh dapat jual buluh dapat dalam RM6,000 hingga RM5000, jual lemang dah siap masak dalam 500 batang..kat Johor tak banyak macam kat Pahang.

Sebatang buluh lemang biasanya dijual pada harga RM1.50 hingga RM2 kepada pemborong mahupun peniaga kecil bergantung kepada saiz.

Ujarnya, tidak semua buluh sesuai untuk membuat lemang, kerana jika menggunakan buluh yang terlalu tebal ia memerlukan masa yang lama untuk dimasak.

Antara yang sering digunakan ialah buluh tali  kerana ruasnya tebal dan tempoh masa untuk masak lebih pendek iaitu antara 4-6 jam.

Siti Nor Aishah menambah, dia tidak menang tangan menyiapkan tempahan buluh, memandangkan agak sukar mencari bekalan buluh yang sesuai.

Ada kalanya dia terpaksa mendapatkan bekalan buluh dari Pahang bagi menampung permintaan yang semakin banyak.

Loading...
Terkini