Tumpuan :
Nasional

Restoran makanan cina musnah terbakar

FOTO: JBPM

KUALA LUMPUR: Pengusaha restoran makanan yang sedang bercuti menyambut perayaan Tahun Baharu Cina dikejutkan dengan kejadian kebakaran di premisnya, pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, restoran yang beroperasi di Taman Impian di sini, musnah dalam kebakaran.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.47 pagi.

Komander Operasi, Faizon Ismail berkata, empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gombak Selatan dengan bantuan BBP Sentul, Wangsa Maju dan Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan sebuah restoran dengan anggaran peratusan kebakaran sebanyak 90 peratus.

“Seramai 32 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi pemadaman itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kebakaran dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 10.33 pagi.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini