comscore
Tumpuan :
Nasional

Rendam lebih 10 kucing hingga mati  

 

Oleh: Fazli Ahmad

JERANTUT: Kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Lebih 10 kucing mati lemas selepas dipercayai direndam dalam air di Pasar Borong Jerantut di sini.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitendan Azman Mat Kamis berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 6 petang semalam.

Menurutnya, laporan itu dibuat seorang lelaki selepas menemui bangkai beberapa ekor kucing dipercayai direndam dalam air panas di pasar terbabit.

Katanya, kejadian itu disedari pengadu kira-kira jam 5 petang kelmarin (RABU).

“Pengadu tidak berpuas hati dengan kejadian itu kerana selama ini lelaki itu sering memberi makan kucing terbabit”.

“Polis sudah menyiasat dan melawat lokasi kejadian tetapi hingga kini belum menemui sebarang pertunjuk bagi menjejaki individu untuk melakukan perbuatan itu”

“Setakat ini tiada saksi dan lokasi kejadian juga tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV).” katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Azman berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan sabit kesalahan boleh di penjara maksimum hingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

 

Sebelum itu tular di sosial memaparkan beberapa ekor kucing mati di Pasar Borong Jerantut.

Laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia menerusi catatan mendakwa lebih 15 kucing mati dan orang awam menyerah bangkai kucing itu kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit semalam.

Persatuan itu menawarkan imbuhan RM15,000 kepada orang ramai menyalurkan maklumat hingga tertangkapnya pelaku.

Loading...
Terkini