Tumpuan :
Nasional

Rempuh bekas komando & anak, pemandu ada kad OKU mental

PADANG BESAR: Pemandu kereta jenis Honda Civic yang merempuh motosikal dinaiki veteran komando bersama anaknya di Jalan Tok Kayaman, Beseri, di sini Jumaat lalu disahkan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) ketidakupayaan mental.

Ia dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Sarih Salleh, namun pihaknya masih menyiasat dengan pihak hospital mengenai status kesihatan lelaki berusia 33 tahun itu ketika kejadian.

“Lelaki itu juga masih menerima rawatan di hospital. Jika ada kewajaran, kita akan buat tangkapan selepas dia sembuh,” katanya ketika dihubungi BH.

Jumaat lalu, seorang veteran komando dilapor maut, manakala anaknya parah selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Dato Kayaman di Beseri.

Ketika kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa, Rahimi Mat Rejab, 49, bersama anaknya, Umar Haziq, 16, dikatakan dalam perjalanan ke masjid di kawasan Padang Lati untuk berbuka puasa dan solat maghrib.

Lelaki yang memandu Honda Civic turut parah dan dikejarkan ke hospital.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini