KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan maut selepas terjatuh dari motosikal sebelum digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam, mangsa, Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha NVX dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Manir, manakala bas yang dipandu lelaki berusia 70 tahun itu menghala ke Kuala Berang.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor, berkata siasatan awal mendapati mangsa berada di lorong kiri sebelum memasuki laluan bas yang sedang bergerak di lorong tengah.
“Akibatnya, mangsa terjatuh sebelum digilis tayar belakang bas,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.