comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja perempuan hilang ditemukan selamat, penganggur ditahan 

HULU SELANGOR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak semalam ditemukan selamat di Triang, Pahang.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Mohd Asri Mohd Yunus, polis berjaya mengesan mangsa kira-kira jam 12.30 pagi tadi di sebuah rumah di daerah itu.

“Polis Hulu Selangor melalui Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor telah berjaya menahan seorang suspek dipercayai telah melarikan remaja perempuan tersebut,” jelasnya dalam kenyataan media sebentar tadi.

Siasatan awal mendapati, rumah terbabit milik saudara kepada suspek.

Ujian air kencing terhadap suspek berusia berusia 20-an yang juga seorang penganggur itu negatif dadah.

Hasil semakan terhadap suspek mendapati tiada rekod jenayah lampau.

Suspek ditahan reman bermula 25 Julai sehingga 27 Julai disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017.

Terdahulu, Nurul Aishah Farhana Azni, 17, kali terakhir dilihat di Taman Semarak, Batang Kali, Selangor sebelum laporan mengenai kehilangannya dibuat keesokan harinya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini