comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja perempuan cemas sesat di Hutan Bukit Pelindung

Foto ihsan JBPM Pahang.

KUANTAN: Seorang remaja perempuan cemas apabila gagal menemui jalan keluar ketika beriadah di kawasan hutan Bukit Pelindung, di sini pagi tadi.

Susulan itu, mangsa nekad menghubungi bomba untuk meminta bantuan sebelum dia berjaya diselamatkan oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata pihaknya menerima laporan kehilangan seorang remaja berusia 20 tahun itu kira-kira jam 8.59 pagi tadi.

Menurutnya, remaja itu dipercayai tersasar dari trek laluan yang disediakan ketika membuat aktiviti mendaki secara bersendirian di bukit berkenaan..

Enam anggota termasuk pegawai dari BBP Kuantan terbabit dalam operasi pencarian itu.

“Dalam operasi itu, pihak bomba dapat berhubung dengan mangsa melalui talian telefon untuk mengenal pasti kedudukannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulfadli berkata mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan pihak bomba segera membawanya turun dari lokasi itu.

Operasi pencarian tamat kira-kira jam 10.37 pagi.

Loading...
Terkini