SUNGAI PETANI: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Cempaka Bukit Selambau, di sini sejak 2 Julai lalu, disahkan polis telah pulang ke rumah petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, remaja berusia 14 tahun itu selamat pulang ke pangkuan keluarganya jam 4 petang tadi.
“Orang hilang sudah balik ke rumah petang tadi,” katanya ketika dihubungi Buletin TV3 di sini hari ini.
Wan Azharuddin juga memaklumkan punca kehilangan remaja itu disyaki kerana merajuk.
“Selalu diejek kawan-kawan dia, ‘body shaming’,” ujarnya.
Terdahulu, laporan berkaitan kehilangan remaja ini dibuat bapanya selepas dua hari anak tunggalnya itu tidak pulang ke rumah.
Bapanya yang juga pemandu lori itu mendapati anaknya tiada di rumah pada 2 Julai lalu kira-kira jam 5.15 petang.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa