comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Remaja menyamar Pegawai Perubatan, KKM beri kerjasama kepada polis 


PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan akan memberi kerjasama kerjasama penuh kepada pihak polis bagi menyiasat kes seorang remaja menyamar sebagai Pegawai Perubatan di hospital di Serdang.

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, KKM memaklumkan telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita atas talian mengenai remaja menyamar jadi staf hospital di Serdang.

“Pada 7 Ogos 2024, pihak pengurusan Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang telah menerima laporan mengenai tingkah laku mencurigakan seorang individu yang menyamar sebagai kakitangan yang bertugas
di HSIS.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof. (Foto fail NSTP)

“Tindakan pantas pihak HSIS telah berjaya mengesan identiti individu terbabit dan laporan polis telah dilakukan,”jelas kenyataan itu.

Siasatan awal turut mendapati suspek menggunakan kad pengenalan palsu ketika cuba mendaftar di hospital yang sama hari ini.

“Pada hari ini, 8 Ogos 2024, pihak polis telah berjaya menahan individu terbabit.

“Kes ini masih di dalam siasatan dan pihak KKM akan memberi kerjasama penuh bagi membantu pihak polis,” jelas KKM lagi.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Yusof mengesahkan remaja berkenaan ditahan kira-kira jam 9 pagi di lobi hospital terbabit.

Siasatan awal mendapati suspek telah dikesan berada di dalam dewan bedah dan mengaku sebagai Pegawai Perubatan pada jam 1 tengahari semalam.

Lebih mengejutkan, suspek turut mengaku mahu membantu menjalankan pembedahan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini