PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja perempuan yang menceroboh dan menyamar sebagai doktor di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.
Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, remaja perempuan berusia 14 tahun itu hanya bergerak di dalam fasiliti hospital.
“Dia tidak mempunyai kemahiran dan penyamar itu memang bergerak ke sana sini dalam fasiliti,” katanya selepas diminta mengulas dakwaan remaja terbabit melakukan prosedur kesihatan kepada pesakit.
Isnin lalu, Polis mengesahkan remaja yang menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Serdang pernah menjalani rawatan psikiatri.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, remaja itu menerima rawatan pada Mac lalu, namun tidak meneruskan rawatan susulan yang dijadualkan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Remaja menyamar Pegawai Perubatan, KKM beri kerjasama kepada polis
- Remaja 14 tahun menyamar pegawai perubatan, masuk dewan bedah ditahan polis
- [VIDEO] Remaja menyamar jadi Pegawai Perubatan direman 2 hari
- Remaja menyamar pegawai perubatan dirujuk pakar psikiatri
- Remaja menyamar doktor pernah jalani rawatan psikiatri