Oleh: Selwam Arjunan
ALOR SETAR: Seorang remaja lelaki rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika hadir saksikan perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu berada stadium bersama adiknya bagi menyaksikan perlawanan bola sepak antara KDA FC dan JDT FC.
Seorang remaja lelaki rebah dan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika hadir saksikan perlawanan bola sepak di Stadium Darul Aman, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Siti Nor Salawati Saad berkata, mangsa lelaki berusia 18 tahun itu berada stadium bersama… pic.twitter.com/mkmYdq2s36
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 19, 2024
Katanya, dia rebah dan tidak sedarkan diri semasa berada di tempat duduk penonton stadium kira-kira jam tujuh petang, sebelum perlawanan bermula.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu kemudiannya segera menghubungi Pasukan Pertahanan Awam yang bertugas di stadium untuk membawa remaja tersebut ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar bagi menerima rawatan.
“Setiba di Zon Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pegawai perubatan telah mengesahkan remaja tersebut telah meninggal dunia.
“Semakan dan temubual ke atas waris mendapati remaja tersebut merupakan seorang pengidap sakit jantung sejak kecil.
“Pihak perubatan HSB juga telah mengesahkan sebab kematian sebagai “Complex Cyanotic Heart Disease” iaitu berkait sakit jantung yang dihidapi,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kematian remaja terbabit pada jam 8.18 malam.
Siasatan mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini.
Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa