comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja mangsa ketujuh nahas di Segamat ditidurkan selepas jalani pembedahan

Enam sekeluarga maut dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan pada petang Jumaat lalu.

MUAR: Seorang mangsa yang terselamat dalam nahas yang meragut nyawa enam sekeluarga di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan petang semalam masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Abdullah Amir Ruddin, 15, yang juga pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi di Kundang Ulu, Bukit Gambir itu baru selesai menjalani pembedahan.

Bagaimanapun, pasukan perubatan Hospital Segamat mengambil keputusan menidurkan Abdullah sejurus selepas pembedahan itu.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Lori terbabas punca nahas maut 6 sekeluarga

Ketua Polis Daerah Segamat, Supritendan Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

Beliau turut menafikan laporan sebuah akhbar semalam bahawa mangsa telah meninggal dunia.

Remaja itu satu-satunya yang terselamat dalam kemalangan meragut nyawa ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, bapanya, Amir Ruddin Ismail, 46, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Petang semalam jenazah enam sekeluarga itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah Parit Limbong. dekat Muar, Johor.

Loading...
Terkini