comscore
Tumpuan :
Nasional

Remaja lemas selepas mandi bersama rakan di tapak kuari

Foto ihsan bomba

GURUN: Seorang remaja lelaki 18 tahun ditemukan lemas di tapak kuari Gurun, Taman Seri Utama di sini hari ini.

Mangsa sebelum itu dipercayai mandi-manda bersama beberapa rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.02 petang.

“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 memaklumkan mangsa hilang di kawasan air terjun.

“Anggota BBP Guar Chempedak yang tiba di lokasi kemudian melakukan pencarian di kawasan sekitar mangsa dikhuatiri lemas.

“Bagaimanapun mangsa ditemui oleh pasukan Bomba pada jam 6.18 petang dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya di sini hari ini.

Mohd Fauzi berkata, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, operasi tamat pada jam 6.50 petang tadi.

Loading...
Terkini