Tumpuan :
Nasional

Remaja lemas, rakan hilang dibawa arus 

Mayat mangsa ditemui selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Meluan, Kubu Brooke Nanga Meluan di sini, petang tadi. – FOTO: JBPM

BINTANGOR: Seorang remaja lelaki ditemui lemas manakala rakannya masih hilang selepas mereka dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Meluan, Kubu Brooke Nanga Meluan, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa berusia 15 tahun ditemukan kira-kira pukul 5.47 petang tadi pada jarak lebih kurang 20 meter dari lokasi mereka tenggelam.

“Mangsa dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menggunakan bot penduduk kampung, menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak 200 meter dari lokasi mangsa kali terakhir dilihat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Manakala, seorang lagi mangsa berusia 16 tahun masih belum dijumpai, dengan operasi SAR ditangguhkan dan akan disambung semula esok.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 3.50 petang tadi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor ke lokasi kejadian, yang terletak pada jarak 67 kilometer dari balai.

Menurut saksi iaitu bapa kepada salah seorang mangsa, kedua-dua remaja lelaki itu sedang mandi namun anaknya cuba untuk menyeberang sungai tetapi gagal.

Katanya rakan anaknya itu kemudian cuba menyelamatkannya tetapi turut hanyut dibawa arus sungai.

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Sarikei untuk bedah siasat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini