![](https://media.buletintv3.my/2025/02/BULETIN-TV3-N-2025-02-11T171204.634.jpg)
HULU SELANGOR: Seorang remaja lelaki ditemukan lemas ketika melakukan aktiviti di Taman Rekreasi Sungai Kedondong, Jalan Batang Kali-Genting, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata jasad Adam Ashraf Mohd Amir, 19, ditemukan pada jam 12.44 tengah hari, kira-kira tiga meter dari lokasi dia dilaporkan lemas.
Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi sebelum sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, anggota melakukan ‘surface searching’ di kawasan sekitar dan mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya menerusi kenyataan.
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.